Saturday, August 25, 2007

http://i236.photobucket

juz think about it...

Tudung…. Bertudung ngan tak bertudung… tak bertudung ngan tudung… hurm… susah nak ckp… aku tak pakai tudung… dulu aku pakai. Tapi dulu, kecik2..mak aku yang pakaikan.. kuar rumah jer, pakai tudung… tapi aku tak tau aku pakai tudung tu sebab apa... yang aku tau, aku pakai tudung sebab nak kna puji baik.. nk dpt pahala... bila dah pindah kt tmpat baru… aku tgk suasana yg baru… kalo dulu, bagi aku semua org yg x pakai tudung 2, jahat… sebab apa? Sbb stereotaip masyarakt sekeliling… budak umur 10-11 tahun mcm aku, apa reti.. ikut jer apa org2 tua ckp… aku blaja byk benda kat tmpat baru… aku membesar kat situ.. cara aku berfikir pun, tak mcm waktu aku kecik2 dulu.. pemikiran aku berkembang dekat tmpat yang lebih byk cabaran… mle2 tu, aku kejap pakai, kejap tak pakai. Lme2, x pakai troz.. Family aku nak aku pakai tudung… aku tau.. tapi, ntahlah….. tak tau nak ckp mcm mner… bukan aku tak nak pakai tudung.. nak.. sapa tak nak pahala…tapi... yelah.. kalau nak btikam lidah pun, aku ttap tau yang aku ni salah.. dah terang2 tulis kat dlm Al-Quran... nak sanggah apa lagi.. tapi buat apa aku pakai tudung kalau kejap pakai, kejap buang… buat apa aku pakai tudung kalau perangai aku tak mcm solehah-solehah yang lain.. aku tak nak pakai tudung semata-mata sbb nak ikut fesyen..ikut trend… bagi orang lain.. what’s a big deal??? Knapa nak psoalkan..?? tp bg aku… it’s a big deal.. ayah aku pernah gak tegur aku pesal tak pakai tudung… mak aku selalu nasihat aku, pakai tudung.. akak aku kadang-kadang perli aku sebab tak pakai tudung.. pandang aku ni mcm la aku bwat jahat.. aku pernah bertengkar ngan abang aku semata-mata pasal aku tak pakai tudung… kurang ajar?? Mungkin… tapi aku hanya akan hormat dekat orang yang tau nak hormat aku.. aku paham, sebagai abang dia ada hak nak tegur aku… tapi bukan dengan cara sengaja untuk memalukan aku… Tak betul la cara tu.. degil??? Mmg aku degil.. aku tau, dosa tak pakai tudung… aku tetap akan pakai tudung jgk satu hari nti… dengan peribadi yang seindahnya... insya-ALLAH…
Cumanya, aku tak berapa setuju la dgn pandangn sesetgh org tu.. tak pakai tudung ni, jahat kerw?? Makcik2 kat kg yang ske wat mesyuarat tingkap tu, slalu dok ngata anak dara org… tak pakai tudung, toksah kawan.. jahat… memang ler dia ngata… anak dier baik.. sopan-santun… solat tak tinggal… pijak semut pun tak mati la ibaratnya… tapi tu depan diorang jer.. diorang tak tau perangai anak diorang yang sebenar.. kuar rumah elok btudung litup.. sampai kat luar, jpe kwn2,, jgnkan tudung, bju pun dah jadi singkat… yang ada boyfren tu, kissing2la… pelok2 la… bukan aku nak ngata pasal ni lebey2.. ye lah.. masing2 pnyer hal, kan… aku memang tak amek pusing pun… tapi kalo yang btudung pun bwat bnda2 mcm tu… apa kes??? Makcik2 tu, apa tau… diorang dok lar kritik anak org berbakul2… anak diorang??? kesian…. Mamat-mamat yg blagak ‘alim’ kat luar tu, kalo nak cari awek, nak awek yang bertudung… tapi apa bezanya??? Tetap buat bnda yang tak snonoh jgk… aci kerat jari la… mne ada org yg masyuk bcinta tak penah pegang tangan??? Ada ker??? May b ada kot..tp untuk bujang-bujang tlajak yang mak bapak carikan bini, crikan laki…xpun untuk org yg betul2 soleh ngan solehah jerw… yg lelain… hurm…. Sedey aku tgk kdg2 tu…. Elok jer nasihat awek pakai tudung, tapi…ajar awek buat bnda yag bukan2…ble perut awek da besar, senang2 jer suwoh gugurkan.. tak de belas kasihan lgsung.. awek yg takot mak bapak tau, takot kne hina, dgr lah ckap boyfren.. what a stupid…! Dgn manusia, takot.. nk sorok.. ngn TUHAN??? Nk kata boyfren jer yg salah, tak boleh gak.. tepuk tangan sebelah tangan; mana ada bunyi………………
Suci ker org yang pakai tudung tu…? Tercela ke maruah org yg tak pakai tudung tu…? Berapa ramai perempuan bertudung yang dah hilang maruah…x de harga diri… yang tak pakai tudung pun sama… So??? Pakai tudung ker.. tak pakai ker… sama jerk… semua pun buat bnda yang sama… buat jahat dapat dosa… buat baik dapat pahala… tpulg kat individu 2 lar…. Mana satu jalan yang dia nak pegi.. nak nilai orang bkn dari luaran… lain lah kalau luaran seseorg tu mmg dah jelas jahatnya….


Rantau_Alam
Idora Che Hassan
25/08/07
1527pm

Friday, August 24, 2007

SEKADAR RENUNGAN...



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan…berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu…mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga akan menyesal…


Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungnya…
Dan janganlah menganggap ia begiti teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang…
Sedangkan jika kamu membaikinya
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
Dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa
Anggaplah ia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…bukan mudah untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…


Jika kamu memancing ikan…
Setelah ikan itu terlekat pada mata kail
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…
Kerana ia akan sakit disebabkan oleh bisanya ketajaman mata kail mu
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mula menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya…
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin dia tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…


Rantau_Kota,
Idora Che Hassan,
Februari 2007

Ikhlas dariku untuk mereka yang bergelar "sahabat"....

Dalam dunia ini kau tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tetapi dalam kau bersendiri, kau beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami dirimu. Sebagaimana kau mengharapkan keikhlasan dan kejujuran daripada seorang sahabat, begitu juga dengan aku. Tetapi kau sering terlupa akan hal itu. Kau cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kau sahaja.
Kau rasa dikhianati bila aku tidak menepati janjiku. Kau tidak memberi aku peluang untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Bagi kau, itu alasanku untuk menutup kesilapan dan membela diri. kau terlupa, kau juga pernah membiarkanku ternanti-nanti. Kerana kau juga pernah ada janji yang tidak ditepati. Kau beri beribu alasan, memaksa aku menerima alasan kau itu.
Waktu itu, terfikirkah kau tentang perasaanku? Seperti kau, aku juga ada perasaan, tahu akan rasa kecewa...tetapi kau sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kau pada waktu kau memerlukan aku.
Aku mendengar luahan perasaan kau, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kau luahkan, dan aku memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kau asyik bercerita tentang diri kau hingga kadang-kadang terlupa yang aku juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kau memberi aku peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangku, rasa takutku?
Pernahkah kau menenangkan aku sebagaimana aku pernah menenangkan kau?
Ikhlaskah kau mendengar tentang kejayaan dan berita gembiraku? Mampukah kau menjadi sumber kekuatanku sepertimana aku meniup semangat setiap kali kau merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kau yakinkan aku bahawa kau boleh dipercayai,...kau boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah?
Bolehkah kau menjadi bahu untukku sandarkan harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaanku, kerana aku juga seorang manusia; aku juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Aku juga ada kelemahan dan aku juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.
Jadilah kau sahabat aku yang sebenarnya. Kau selalu melihat aku ketawa, tetapi mungkin sebenarnya aku tidak setabah yang kau sangka.
Di sebalik senyumanku itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin ku luahkan, di sebalik kesenanganku, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kau tidak tahu....tetapi jika kau cuba menjadi seorang sahabat seperti aku, mungkin kau akan tahu...................

Rantau_Pelabuhan,
Idora Che Hassan,
Ogos 2006…

Buat Sahabat

Apa itu kawan?
Kawan itu membahagiakan…

Rakan…??
Rakan akan sentiasa memberikan senyuman…

Teman…?
Oh! Teman adalah penyuntik semangat
Sentiasa memberikan nasihat
Selalu punya pendapat…

Lalu, sahabat itu apa gunanya?
Sahabat?
Sahabat itu mendamaikan…
Sahabat itu membenarkan…
Jujur, tulus, ikhlas;
Tiada yang lebih berharga daripada itu

Terima kasih kawan
Maafkan aku rakan

Aku tahu ada kata yang tak di kota
Tapi…aku langsung tak di cela
Kerna kau begitu tenang
Melayani kebudak-budakanku…

Sentiasalah menasihatiku, teman…
Damaikan diriku, sahabat…

Kerna aku sentiasa perlukan penyelamat
Tiapkali aku hilang semangat

Terima kasih kerana menjadi sebahagian dariku…


Rantau_Pelabuhan
Idora Che Hassan
2201pm

Wednesday, August 22, 2007

MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK

JANGANKAN lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka; hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.
Dijadikan mereka daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.
Tidak logic kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh ALLAH, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH. Didiklh mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH yang kekal, di situ suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.


Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri ataupun women gladiator sekalipun.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatukelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki waja, negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apatah lagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman, dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apa lagi mengenal lelaki.
Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Apabila anita derhaka, dunia lelaki akan jadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan dari mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju kepada ALLAH, pimpinlah diri sendiri dulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan anda. Insya-ALLAH.

“Janganlah mengharapkan isteri seperti Sayidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a.”


Petikan daripada majalah Al-Islam

Hamil Yang Palsu...!


Terenggut sejuta senggut di hujung ragut
Tersiksa sejuta kata di hujung rasa
Terbentang sejuta lintang di hujung rentang
Terlondeh sejuta sedih di hujung pedih
Tersingkap sejuta ungkap di hujung rangkap
Teringat sejuta sengat di hujung penat
Terbiar sejuta liar di hujung usia
Tersentap sejuta rentap di hujung lelap
Tersasau sejuta racau di hujung kacau
Tersua sejuta pura di hujung tua
Terubat sejuta sebat di hujung taubat
Terlukis sejuta usir di hujung ukir
Terpandang sejuta saying di hujung rahang
Tercekik sejuta detik di hujung pelik
Terungkit sejuta cantik di hujung sungkit
Tersorong sejuta kohong di hujung lorong
Terlihat sejuta kilat di hujung kiblat
Tersentuh sejuta sembuh di hujung teduh
Terpalit sejuta jilid di hujung sakit
Terumpan sejuta pempan di hujung beban
Terdiam sejuta riang di hujung kiam
Terjatuh sejuta lumpuh di hujung tubuh
Sempurna benar aku ditipu;
Rupanya kau hamil yang palsu…!


Rantau_Aspuri: 19 September 2005
Idora Che Hassan